Showing posts with label metro. Show all posts
Showing posts with label metro. Show all posts

Lawak Lucah Jasmin Hamid






Foto

Jasmin ketika ditemui bagaimanapun mengakui dia tidak pernah menyangka kemenangannya dan kehadiran di majlis itu pun kerana kelapangan masa dan atas undangan penganjur.

“Saya datang ke majlis ALW ini bukan atas tiket kemenangan, tetapi disebabkan
kelapangan masa yang ada dan amat menghargai undangan daripada Astro.

“Apatah lagi, nama saya juga dicalonkan untuk kategori yang dimenangi ini dan rasanya berbaloi jugalah dapat hadir ke majlis ALW seterusnya naik ke pentas menerima trofi kemenangan,” katanya.

Menyentuh soal dirinya yang lebih kerap muncul membintangi drama berbanding filem, Jasmin berkata, dia sememangnya lebih selesa berlakon drama daripada beraksi di layar perak.

“Bukan saya tidak menerima tawaran berlakon filem, tetapi setakat ini saya sangat sibuk dengan jadual penggambaran drama. Lagi pun, saya lebih seronok berlakon drama kerana komitmennya tak terlalu besar.

“Ditambah lagi, tempoh penggambaran drama juga tidaklah terlalu lama,” katanya memaklumkan dia juga memilih watak pada setiap drama yang akan dibintanginya.

Berbicara mengenai lakonannya untuk watak komedi, Jasmin berkata, dia seorang yang bersungguh-sungguh dalam menjayakan tawaran lakonan diterimanya termasuklah watak komedi.

Katanya, walaupun melakonkan watak komedi, tetapi Jasmin akan memastikan lakonannya dipelbagaikan serta tiada dialog berunsur lucah atau bermaksud tersirat.

Sangat dikenali ramai menerusi watak komedi seperti Minah Senget dan Datin Wan Abe yang pernah dilakonkannya, Jasmin berkata, kini dia menyimpan hasrat suatu hari nanti akan memperoleh kemenangan anugerah selain komedi.




NEGARA : PELACUR LARI TELANJANG

Georgetown: Tanpa rasa malu, dua wanita warga asing disyaki sedang melakukan seks dengan pelanggan melarikan diri dalam keadaan telanjang bulat dalam dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Lebuh Chulia, di sini, awal pagi semalam.
Dalam serbuan jam 2 pagi itu, wanita berkenaan dikatakan sedang leka melayan pelanggan masing-masing, namun terus berlari keluar dari bilik hotel tanpa sempat mencapai pakaian sebaik mendapat tahu premis berkenaan diserbu.Tindakan itu turut menyebabkan pelanggan masing-masing kebingungan dan hanya mengetahui premis itu diserbu pihak berkuasa selepas anggota imigresen memperkenalkan diri ketika pemeriksaan dilakukan.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang Basri Othman berkata, serbuan ke atas dua hotel bajet itu dilakukan serentak selepas mendapat maklumat mengenai aktiviti persundalan ditawarkan wanita warga asing berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya menahan enam wanita iaitu dua warga Laos, dua warga Indonesia dan masing-masing seorang dari Vietnam dan Nigeria berusia 20-an hingga 30-an selepas mereka didapati memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan pas pelajar.
FotoDUA anggota penguat kuasa wanita menggari GRO sebaik ditahan, semalam.
“Lima daripada wanita berkenaan menggunakan pas lawatan sosial manakala wanita warga Nigeria pula didapati menjadikan pas pelajar sebagai lesen untuk masuk ke negara ini dan dia disyaki menyalahgunakan kebenaran diberikan dengan menawarkan perkhidmatan seks.

“Siasatan awal kami tidak menolak mereka ini bergerak sendiri tanpa didalangi mana-mana sindiket,” katanya. Modus operandi digunakan ialah menggunakan susuk tubuh yang seksi bagi memikat pelanggan di sekitar hotel tempat menginap atau restoran berhampiran.
“Jika ada persetujuan, pelanggan akan dibawa ke bilik di hotel bajet berkenaan dipercayai bagi tujuan mendapatkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM120 hingga RM150 bagi setiap langganan,” katanya.

Basri berkata, berdasarkan keadaan bilik berkenaan, pihaknya percaya wanita terbabit sudah menginap di premis berkenaan sejak beberapa minggu lalu dan akan berpindah ke hotel bajet lain bagi mengelak kegiatan  mereka dihidu pihak berkuasa.

Sumber: MyMetro